Pernahkah anda sering mendengar perkataan Grabcar, Uber, Teksi malahan kereta sewa? Saban hari kita sering dipertontonkan dengan perkataan ini di media massa seperti televisyen, akhbar, media social, internet malahan terdapat juga banner ataupun bunting yang dipasang di kawasan-kawasan strategic seperti di lapangan terbang, bawah flyover dan sebagainya. Ini semua merupakan salah satu dari sistem pengangkutan yang terdapat di negara kita. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Grabcar dan uber merupakan sistem tempahan pengangkutan secara talian atau online. Perkhidmatan ini memerlukan kedua-kedua belah pihak pembekal dan juga para pelanggan mempunyai capaian internet bagi membolehkan transaksi ini berlaku.

 

Manakala perkhidmatan teksi seperti mana yang kita ketahui, beroperasi di sekitar kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai, seperti di rumah-rumah pangsa atau flat, apartmen, kawsan komersial, kilang dan lain-lain lagi. Selain dari pengangkutan diatas, penggunaan kereta sewa amat digemari di kalangan para pelajar dimana mereka bebas bergerak ke mana jua destinasi yang hendak dituju. Kadar yang dikenakan juga amat berpatutan dimana pada kebiasaannya, caj bayaran yang dikenakan adalah mengikut sewaan harin, mingguan dan juga bulanan. Seperti DNZ Car Rental, antara penyedia perkhidmatan kereta sewa shah alam dan juga bagi kawasan-kawasan sekitar Selangor, kadar bayaran bagi kereta sewa jenis kompak adalah serendah rm100 – rm120 sehari.

 

Penggunaan kereta sewa semakin meluas digunakan dan diantara faktor penyebabnya adalah saban hari wujudnya syarikat-syarikat kereta sewa. Ianya berkembang dengan begitu pesat sekali atas wujudnya permintaan yang tinggi terhadap kereta sewa dan faktor harganya yang berpatutan. Oleh kerana itu, kebanyakkan perkhidmatan kereta sewa ini bertumpu di kawasan penempatan para pelajar seperti universiti awam mahupun swasta, kolej-kolej, politeknik dan lain-lain lagi. Malahan terdapat juga dikalangan para pelajar yang turut sama menjalankan bisnes kereta sewa ini secara part time bagi mencari sumber pendapatan untuk membiayaai kos-kos atau perbelanjaan mereka semasa belajar. Mungkin mereka beranggapan bisnes ini amat menguntungkan jika dibandingkan dengan lain-lain pekerjaan yang ada. Tetapi mereka harus ingat, menjalankan perniagaan tanpa sebarang lesen yang sah ataupun lebih dikenali sebagai bisnes haram amatlah berisiko tinggi, terutamanya kepada tuan punya kereta dan juga kepada kliennya.

kereta sewa shah alam

 

Advertisements